FACEBOOK

Emosi Studio on Facebook

Tuesday, February 3, 2009

Popular Tetapi Tidak Dihargai

AJL 23 baru sahaja tamat.

Antara lagu yang bertanding adalah.
1. Meet Uncle Husin - Lagu untuk Mu
2. Aizat - Lagu Kita
3. Faizal Tahir - Sampai Syurga, Coba
4. Elyana - Kalis Rindu
5. Estrange - Yang Pernah

Lagu lagu ini sering kita dengari di corong-corong radio. Tetapi tidak pernah di nilai dari segi penulisan dan komposisi lagunya. Sedap telingga mendengar sedap lagi radio putarkannya.

Siapa Meet Uncle Husin?
Darimana muncul?
Kenapa tiba-tiba sahaja mereka menjadi terkenal?

Golongan pendengar tidak pernah menilai bakat and kreativiti seseorang pengubah lagu. Mereka sering dipinggirkan. Quality bunyi-bunyian mereka, penat leleh mereka dan sebagainya.

Lama sudah mereka muncul didalam scene. Penulisan ini bukan untuk mengkritik atau memuji sesiapa hanya mahu memberi kesedaran dimana pendengar haruslah menilai sesebuah karya dari senikata dan gubahan bukan kerana artis itu sendiri sahaja. Sebagai contoh dibarat Kanye West, Snoop Dog dan pengubah lagu hip hop yg mahu mencuba dalam nyayian. Lyric mudah (Simple) seperti Snoop Dog " Drop Like It's Hot" tapi menjadi pujaan kerana brand yang dibawa oleh artis itu sendiri.

Penulisan lirik bukanlah sesuatu yg mudah, mencari metafora dan ideologi bagi setiap ayat sesebuah lirik yang baik boleh datang sekelip mata boleh juga memakan masa berbulan-bulan dan tahun.

"Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku"

Meet Uncle Husin - Lagu untuk mu.

Soalan untuk pembaca.
Pernahkah anda menilai karya penulis - penulis Malaysia seperti Butterfingers?

"Disini menglamun

Hari mendatang, hari mendatang
Kiranya ku memeluk hiba

Itupun beralun hari mendatang, hari mendatang
Kiranya ku memeluk hibur

Terusan kabus ribut yang melimpah
Yang mengucap tiba
Ku ingin bersamamu
Sehingga akhirnya

Kabus, kabus ribut
Indah berseri-seri
Kabus, kabus ribut
Bilakah sampai waktu? "

Butterfingers Kabus Ribut

Perhatikan ketelitian lirik ini. Ada sumber mengatakan Lok Butterfingers bertapa di Balai Seni Negara bagi mendapat bait-bait lagu ini.

Kenapa Faizal Tahir kalah dengan Meet Uncle Husin AJL23?
Hebat lagi Vocal and Stage Presentation Faizal Tahir
Hebat lagi Lagu Faizal Tahir
Bandingkan Penulisan lirik mereka...

So patut kah? Anda fikir la sendiri.


"Penulisan sebagai ulasan bukan kritikan atau pujian sahaja"

0 comments: